Monday, July 19, 2010

Aku dan Novel

Setiap org mempunyai minat masing2. Aku minat sangat dgn novel. Sampaikan kalau nampak kedai buku wajib masuk. Kadang2 aku jadi ngeri tengok kedai buku, banyak mana aku nak berhabis duit nak beli novel lagi nie...hehe

Wednesday, June 9, 2010

Tak sihat

Semalam rasa badan tak sihat. Macam nak demam je, tapi selalunya susah dah dapat demam. Agak2 dah 3 tahun tak demam kot. Last sekali bila kena keracunan makanan (dapat turun 2 kg) dalam tahun 2008 kot. Dah sampai masa nak demam kot. Tapi housemate aku kata... jangan, ko kan dah g bercuti2 Malaysia. Mana boleh demam, rugi je minta cuti lama. hehe

Hari ini 9/6/10
---------------
Rasa sihat sikit selepas tido lebih 7 jam tapi perut macam tak sihat je...
Bersabar lah... ujian untuk menguji ketahanan kita...

Monday, June 7, 2010

Sweet Sour - Nasz


Aku baca novel ni pada 29/5/10 (dah 2 kali ulang sampai x kasi org pinjam)


Cerita ni sweet sangat macam tajuk dia juga. Kalau korang suka membaca cite yg x membebankan jiwa, pilih la cite ni. Kalau novel best aku akan cakap best la. Rugi tau bagi peminat novel2 melayu kalau belum memiliki novel ni. Aku baca kali kedua pun tak de tinggal sepatah perkataan pun (betul2 baca tau... klau jawab ujian mesti dapat A+++, syarat takde la suruh cari perkataan metafora, hiperbola n sewaktu dgnnya dlm muka surat mana. Aku bukan baca muka surat dia tapi cite dia...haha).


Bahasa yg Nasz guna simple je n macam kita plak jadi heroin dia. Dalam suka ada duka yg buatkan hati jadi sesak... woi air mata dah nak jatuh ni. tp still cool la. hehe. Kekadang aku rasa macam dah masuk sekali dlm novel ni. Time lawak... senyum x leh nak tutup... time syahdu... sakitnya dlm dada tahan sebak...
Moral of the story... Cerah tak selalunya panjang, mendung datang, hujan tiba... dan pelangi menjelma... itulah hidup. Senyum, sendu adalah melodi kita.
Selagi kita bertapak dibumi Allah, bernafas dengan udaraNya... Selagi itulah ujian dtg untuk menguji keimanan dan ketabahan kita...
Ujian itu membentuk kita menjadi manusia yg hebat.

Sunday, June 6, 2010

Jemari Seni

Aku adalah peminat novel keluaran Jemari Seni (mentang2 le tengah top..hehe). Boleh dikatakan 80% dari novel terbitan mereka aku beli... 80% je tau bukan 100%. Ini pun bergantung kepada penulis juga. Kalau aku rasa tulisan dia ok, next time aku akan cari lagi. Cuma ada juga yg aku x beli, tengok mood @ x yakin berbaloi ke tak beli.

First time jatuh cinta dgn Jemari Seni (malu la nak cite... HEHE)
----------------------------------------------------------------
Lepas baca Relevankah Aku Dihatimu a.k.a RADHA. Best sgt sampai dah baca berapa kali tah. tak jemu2. Walaupun RADHA bukan novel pertama Jemari Seni yg saya baca, tetapi ia telah membuat saya jatuh cinta berkali2 dgn novel ini hehe...

First time beli karya Jemari Seni
----------------------------------
Bukan novel RADHA tau tapi novel Percayalah... oleh Rubi Hazri cuma masa tue lum sampai tahap menyentap jiwa lagi. Bukan nak kata buku tu tak best (dlm bahasa halus murni ek) cuba cerita ia biasa je, tak jumpa x-factor je...hehe

Bila dah jatuh cinta
-------------------
Hari2 nak check kat website Jemari Seni ada tak novel baru. Macam le teams Jemari Seni terbit buku hari2... tp kalau dah suka dapat tengok nama penulis pun jadi la... kot2 ada latest draft novel dari Rnysa... Gua suka bangat same elo...

Bila dah giler
---------------
Macam tak percaya plak leh terlebih suka plak, sampaikan dah tak boleh jumpa terbitan Jemari Seni (bergantung pada cerita n penulis dia gak) mesti mau beli punya.

Hari ini 7/6/10 - macam ada novel baru je nak kluar 10/6 nie... Melur Bunga Ivy by Nazurah Aishah (buat buku sedih lagi ke?) tapi ada can nak g MPH lagi minggu depan.
Anggap sebagai peluang nak g MPH je... bukan aku dah janji dah nak g next month je... budget this month dah -ve la. hehe... tp...

Wednesday, April 28, 2010

makan besar

Semalam kita org (yg kat ofis) dpt makan free... dah tu mkn banyak plak sampai x larat nak koje... hehe. Kita org makan kat restoran Kashmir. Nama pun dah ala2 indiakan, so memang la mknan india. Yg bestnya dpt makan ketam goreng yg besar tu, makanan lain mcm biasa. Selalunya masing2 mkn x abispun, tp semalam coz org belanja sampai licin daun pisang,. hehe.

Boleh dikatakan kita org baru belajar makan India yg lengkap. Cuma ada bahagian tertentu yg tak boleh masuk je... tp alhamdulillah kenyang la. Cuma tak sanggup nak mkn banyak macam tue lg, coz time kena masuk ofis dah tak larat nak buat koje... Lain kali ingat la 'Berhentilah sebelum kenyang walaupun org belanja makan'.

Monday, April 19, 2010

my boss besday


hari nie besday boss aku... asal dia besday je, mesti x masuk ofis. ini kes x nak tiup lilin ni... hehe

ke tak nak bagi kita org kidnap cake... hehe

kalau tak leh le bw balik sikit... (ada niat tak baik tue) niat baik tau, nak tolong bg sedekah kat umah...
mcm kat gambar tue... prihatin kan

Wednesday, April 14, 2010

baru belajar buat blog

Haha...
Aku buat blog... Ni la penangan dok membaca cerita org, sampai sendiri teringin nak buat blog juga.
Macam la aku rajin nak active selalu... insyaallah kalau dah buat, belajar la rajin2 utk mencantikkan ia...

semangat mesti ada...
rajin kena tanam dalam diri...
jangan biarkan ia menjadi kubur tak bernisan
biar tiada rupa, asal ada usaha...